by

Mayat lelaki ditemukan dengan kesan jerutan

News Sources:

LABUAN: Mayat seorang lelaki dengan kesan jerutan di leher ditemukan di kawasan semak Pantai Damai, Kampung Layang-Layang, di sini semalam.

Mayat lelaki tempatan berusia 21 tahun itu ditemukan tergantung di atas pokok sebelum diturunkan oleh seorang saksi yang berada di kawasan berhampiran.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Deputi Superitendan Ibrahim Mohd Ghani berkata, pihaknya menerima laporan polis mengenai cubaan bunuh diri itu pada pukul 2.20 petang semalam.

“Sebaik sahaja pasukan polis tiba di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki berada dalam keadaan terbaring dipercayai telah meninggal dunia. Terdapat tali tergantung di atas pokok berhampiran mayat berkenaan.

“Pemeriksaan awal terhadap fizikal mangsa mendapati ada kesan jerutan di leher mangsa dan mangsa telah diturunkan lebih awal oleh seorang saksi yang mendapat maklumat mengenai cubaan bunuh diri tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kes berasingan, seorang mayat lelaki ditemukan terdampar di pesisir Pulau Rusukan Besar pada 9.45 pagi semalam.

Siasatan di lokasi kejadian menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan sebahagian tubuh badan mereput. Mayat lelaki itu berselur pendek dan berkemeja -T manakala, identiti mangsa belum dikenal pasti.

Ibrahim berkata, setakat ini polis belum menerima sebarang laporan kes orang hilang dalam tempoh terdekat.

Orang ramai yang mempunyai kehilangan mana-mana ahli keluarga diminta segera melaporkan ke balai polis terdekat.

Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Labuan untuk bedah siasat dan kedua-dua kes disiasat di bawah kes mati mengejut.- UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed