by

Mayat lelaki separa reput ditemukan di kawasan belukar

News Sources:

PETALING JAYA: Bau busuk di kawasan belukar Jalan F, Kampung Pandan Dalam, Ampang dekat sini membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki separa reput.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.35 malam semalam, mayat tanpa identiti itu ditemukan oleh orang awam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Mohd. Azam Ismail berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mayat berkenaan adalah lelaki dewasa yang lengkap berpakaian namun, tiada dokumen pengenalan diri. 

“Mayat tersebut ditemukan dalam keadaan separa reput dan setakat ini, tiada unsur jenayah dikesan susulan penemuan itu.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga keputusan bedah siasat diperoleh dan mayat telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Mukriz untuk dibedah siasat hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Azam turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil membantu dengan ke Balai Polis Ampang atau menghubungi talian 03-42897417. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed