by

Mayat nelayan terjatuh bot ditemukan

News Sources:

GEORGETOWN: Mayat seorang nelayan yang dilaporkan terjatuh dari bot yang dinaiki bersama lima lagi rakannya kelmarin lalu ditemukan berhampiran kawasan perairan Padang Kota, di sini pagi ini.

Mayat Khairul Azhar Mohammad, 32, yang terjatuh selepas bot dinaikinya karam selepas terlanggar boya dijumpai terapung oleh sekumpulan nelayan pantai kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Lokasi penemuan mayat mangsa yang berasal dari Kuala Kedah, Kedah itu berjarak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian di Jeti Swettenham Pier di sini.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Mohamad Rafizi Arafpin ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat lelaki daripada nelayan tempatan awal pagi tadi.

“Anggota telah hadir ke lokasi kejadian dan didapati terdapat satu mayat terapung iaitu dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

“Mayat kemudiannya dibawa ke Pengkalan Polis Marin di Batu Uban di sini untuk pengecaman oleh ahli keluarganya dan telah disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

The post Mayat nelayan terjatuh bot ditemukan appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed