by

MCA Kedah sedia sokong UMNO

News Sources:

ALOR SETAR: MCA Kedah sedia memberi sokongan kepada UMNO pada perhimpunan Agung MCA ke-67 sekiranya diputuskan di peringkat Pusat.

Pengerusinya, Datuk Goh Chin Cheung berkata, MCA negeri akan patuh dengan setiap keputusan yang ditetapkan oleh kepemimpinan Pusat.

“MCA negeri tidak mahu bercanggah pendapat dengan Pusat, kalau mereka kata sokong UMNO, kami akan sokong UMNO,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, MCA Kedah sebelum ini memberi sokongan kepada UMNO selepas keputusan itu dicapai di peringkat Pusat.

“Sokongan yang diberikan MCA sebelum ini menunjukkan kesepakatan dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) masih utuh,” katanya lagi. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed