by

MCT lancar projek GDV RM2.2 bilion

News Sources:

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah terkemuka, MCT Berhad (MCT) meramalkan prestasi lebih kukuh pada 2021 susulan pelancaran tujuh pembangunan baharu merangkumi unit kediaman dan komersial dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM2.2 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif MCT, Teh Heng Chong berkata, pasaran hartanah dijangka akan pulih bersama dengan ekonomi global berikutan pelancaran vaksin Covid-19 baru-baru ini.

“Lebih-lebih lagi, dengan kadar faedah persekitaran yang rendah dan pengenalan semula Kempen Pemilikan Rumah yang memberi peluang membeli yang baik.

“MCT akan melancarkan tujuh projek baharu itu termasuk Aetas Damansara, residensi mewah di Tropicana Golf & Country Resort, Damansara, Alira di Metropark, Subang, dan Sanderling Lakefront Residences di Cyberjaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, projek-projek lain termasuk pusat komersial butik di Lakefront Cyberjaya, fasa satu Bandar Cybersouth Town Centre di Dengkel, pembangunan baharu di USJ Subang dan Cybersouth.

Beliau berkata, syarikat terus meluaskan penawaran produk bagi menyokong pertumbuhan masa hadapan dan membina daya tahan perniagaan.

“Beberapa tahun yang lalu, kami telah membina pembangunan di wilayah selatan Lembah Klang, memberi tumpuan kepada pembangunan kediaman di Cyberjaya dan Cybersouth.

“Untuk masa hadapan, kami berhasrat meluaskan pembangunan kami di kawasan utama Lembah Klang,” tambahnya.

Kumpulan itu telah meletakkan Aetas Damansara, yang akan dilancarkan secara rasmi pada bulan ini, sebagai projek ‘petanda’ dalam menetapkan kadar pertumbuhannya tahun ini.

Beliau memberitahu, Aetas Damansara yang merangkumi 226 unit kediaman eksklusif telah memperoleh kadar pengambilan yang banyak sejak pra pelancarannya November lalu.

Dengan GDV RM564 juta dan kerjasama Ayala Land, Inc., keluasan pembangunan itu ialah 1.76 ekar. Ia mempunyai tiga hingga empat bilik tidur dan dijual dengan harga bermula daripada RM1.97 juta.

Sementara itu, MCT juga menjelaskan, fasa satu Alira di Metropark Subang dan Sanderling Lakefront Residences di Cyberjaya, merupakan penyumbang utama kepada kelangsungan prestasi jualan Kumpulan itu untuk tahun ini.

Fasa satu projek itu akan dilancarkan pada suku pertama 2021 dengan GDV RM316 juta, merangkumi 492 unit pangsapuri.

Sementara, Sanderling Lakefront Residences mempunyai 606 unit kondomonium dan akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini dengan harga bermula daripada RM475,000. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed