by

Md. Rajihan ditemukan 15 meter dari lokasi keretanya dijumpai

News Sources:

KLUANG: Mangsa yang hilang dihanyutkan air deras di Batu 18 Jalan Kluang-Kahang, petang Sabtu lalu ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) petang hari ini.

Mayat Md. Rajihan Mohd. Junaidi, 28, dijumpai pada pukul 5.15 petang kira-kira 15 meter dari lokasi kereta Proton Waja yang ditemukan petang semalam.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Akob Sidek, anggota SAR melakukan operasi dengan cara menggodak kawasan itu sebelum mayat mangsa timbul.

“Mayat mangsa kemudian dinaikkan ke bot pasukan penyelamat sebelum diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk bedah siasat.

“Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak Sabtu lalu ditutup kira-kira 6 petang tadi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi kawasan pencarian apabila isteri mangsa, Khairunnisa Ibrahim, 25, yang setia menunggu sejak pagi tadi, tidak dapat membendung perasaan hingga terpaksan dipapah dan ditenangkan ahli keluarganya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed