by

Melaka catat rekod baharu – Utusan Digital

News Sources:

PUTRAJAYA: Selangor terus merekodkan negeri yang paling tinggi kes harian baharu Covid-19 iaitu 1,205 kes diikuti Sabah, 299 kes  dan Melaka, 239 kes.

Dua lagi negeri merekodkan tiga angka adalah Kuala Lumpur iaitu 222 kes dan Johor 194 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata,  kes harian baharu negara pula, sebanyak 2,525 kes yang menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 113,010 kes. 

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 23, 598 kes.

“Sehingga kini, terdapat 131 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 60 kes memerlukan bantuan pernafasan serta lapan kematian dan lima kluster baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed