by

Melaka Gateway: Sebutan kes 22 Disember

News Sources:

KUALA LUMPUR: Perbicaraan di Mahkamah Tinggi Melaka berikutan semakan kehakiman permohonan oleh KAJ Development Sdn Bhd, pemaju projek Melaka Gateway dijadualkan pada 22 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Michelle Ong berkata permohonan semakan kehakiman itu bertujuan untuk membatalkan notis penamatan yang dikeluarkan kerajaan negeri Melaka bertarikh 16 November 2020 kerana melanggar Akta
Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 (Akta 829).

Katanya, Akta Covid-19 menyatakan bahawa sebarang penamatan yang berkaitan dengan pembinaan tidak dapat dibuat sehingga 31 Disember ini atau mana-mana tarikh yang ditentukan kemudian.

“Dengan demikian, kita hanya dapat menyambung semula kerja-kerja penambakan tanah selepas semua kekangan ekoran Covid-19 yang relevan dilonggarkan namun tiada siapa tahu bila perkara itu akan berakhir.

“Dengan tuntutan mahkamah kami, kami berhasrat untuk mendapatkan masa yang diperlukan daripada kerajaan negeri Melaka supaya KAJD dapat menyelesaikan kerja-kerja penambakan tanah seperti yang ditetapkan dalam konsesi
tiga tahun,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, pemaju KAJD memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar notis penamatan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Melaka berhubung konsesi penambakan yang ditandatangani sejak tiga tahun lalu.

Michelle menjelaskan konsesi penambakan sejak 4 Oktober 2017 tetapi kerja-kerja pembinaan terpaksa ditangguhkan sejak 18 Mac 2020 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, ketika pemaju mengemukakan beberapa permintaan bertulis untuk melanjutkan tempoh konsesi penambakan berkenaan, beliau mendakwa kerajaan negeri Melaka tidak mengendahkan malah menolaknya.

Melaka Gateway adalah projek pembangunan komersial syarikat swasta seluas 246.4 hektar yang terdiri daripada tiga pulau baharu dengan dua daripadanya adalah buatan manusia.

Ia dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025. Setakat ini, sebanyak RM700 juta dibelanjakan sejak awal pembangunannya pada 2014. Bagaimanapun, 3 Oktober lalu, kerajaan negeri Melaka menamatkan perjanjian penambakan laut projek itu bersama syarikat pemaju milik Michelle.- UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed