by

Melaka tak ‘kecut perut’ jumpa JDT

News Sources:

PETALING JAYA: Rekod yang kurang memihak ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam tujuh pertemuan Liga Super tidak menggusarkan pemain Melaka United, Faris Shah Rosli untuk berdepan Harimau Selatan malam ini.

Selain JDT, Melaka belum merasai kekalahan dalam lima perlawanan setakat ini, sekali gus meletakkan mental dan keyakinan mereka di tahap tertinggi.

FARIS SHAH ROSLI

“Tempoh persiapan dua minggu lalu saya rasa cukup bermakna sebelum bertemu JDT. Semua orang tahu mereka sebuah pasukan yang kuat buat masa ini.

“Memang saya tidak nafikan rekod kami dengan JDT memang kurang cantik termasuk kalah 0-5 pada perlawanan tahun lalu selain beberapa musim sebelum ini, namun ia tidak menggusarkan saya kerana setiap musim adalah berbeza,” katanya.

Berdasarkan rekod pertemuan sejak 2017, Melaka hanya pernah sekali meraih keputusan seri pada 6 Mei 2017 apabila kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 manakala selebihnya dalam enam pertemuan lain memihak kepada JDT.

Kekalahan terbesar Melaka ketika berdepan JDT adalah pada 9 April 2017 ketika bertandang ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin yang memperlihatkan mereka tewas 0-7.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed