by

Melarayu oleh Modread menampilkan Riko Jordison

News Sources:

Keras, sinis dan melawan. Tiga ciri boleh terus kita lekatkan di dahi Modread. Selepas melancarkan single Mengarut menampilkan Iqbal Othman, Mie Kapow dan Oly Fizly pada Mac lalu, Modread tampil pula dengan Melarayu.
Kedua-dua lagu ini membawa tema yang hampir sama: kritikan sosial serta isu-isu semasa. Melalui Melarayu, Modread menyentuh isu krisis air serta sikap masyarakat yang suka menghakimi dan ‘gila viral’. Macam susah nak percaya, isu air pun boleh dibuat lagu.
Modread mengembalikan pendengar ke zaman kegemilangan nu metal dengan suntikan hardcore melalui nyanyian jeritan oleh Riko serta riff metal yang menyengat.
Mungkin untuk menambah perisa pada lagu ini adalah nyanyian rap yang lebih sesuai jika disampaikan oleh seorang penyanyi rap tulen. Bukanlah rap Fami Ikhwan teruk cuma dia masih kurang flow yang boleh mencantikkan lagi bahagian itu.
Video muzik lagu ini yang diarahkan Azizulhakim Salleh sangat berkualiti dengan peranan beberapa prop yang menyampaikan simbolik bermakna.
Menurut Modread, penggunaan jubah peguam yang dipakai ahli kugiran sebagai simbolik perjuangan mencari keadilan manakala jubah hakim menggambarkan sikap masyarakat yang suka menghakimi.
Keseluruhannya, lagu ini tepat untuk direnung generasi Melayu masa kini kerana kita perlu tampil kuat dan megah seperti dahulu, bukan lagi menjadi Melayu yang melara dan merayu. – Reviu, Mingguan Malaysia

The post Melarayu oleh Modread menampilkan Riko Jordison appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed