by

Menangis selepas terlepas hukuman mati

News Sources:

GEORGETOWN: Seorang penganggur terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah.

Sejurus mendengar keputusan daripada Hakim Mohd. Radzi Abdul Hamid itu, tertuduh, Mohd. Amiruddin Mazlan, 31, dilihat mengalirkan air mata dan menadah tangan tanda kesyukuran.

Bapa kepada seorang anak itu didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 18.9 gram di Tepi Jalan Lintang Merah, Sungai Nibong, Pulau Pinang pada, 10.45 malam, 23 Oktober 2018.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan atau penjara seumur hidup dan dikenakan 15 kali sebatan.

Mohd. Radzi ketika memberikan keputusan berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

“Adalah tidak munasabah untuk seseorang yang mempunyai dadah jenis heroin hanya duduk diam sahaja tanpa melarikan diri.

“Ini kerana, dalam jarak 50 meter dari tertuduh terdapat sebuah motosikal di mana tertuduh mempunyai peluang untuk melarikan diri.

“Jika tertuduh ingin melepaskan diri, dia tidak perlu tunggu sehingga ditangkap,” katanya ketika prosiding itu di sini hari ini.

Tertuduh diwakili peguam, S.Retinakumar dan S.Tamil manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed