by

Menu hotel lima bintang serendah RM6

News Sources:

PORT DICKSON: Masakan hotel lima bintang kini boleh dinikmati pada harga serendah RM6.

Itu pendekatan Hotel Avilion di Port Dickson, di sini yang mengambil inisiatif menjual makanan secara pandu lalu untuk menambah pendapatan akibat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penolong Pengurus Besar Avilion Port Dickson, Joannes Martin Savage berkata, pihaknya mengambil inisiatif berkenaan bagi menambah pendapatan akibat kekurangan tetamu yang menginap di hotel berkenaan.

“Kami menyediakan penjualan makanan secara pandu lalu kepada pelanggan tempatan dengan harga serendah RM6. Objektif ini adalah bagi menambah pendapatan hotel selain membantu kakitangan di hotel yang terjejas ketika menghadapi pandemik Covid-19.

“Pelanggan boleh menempah makanan secara dalam talian lebih awal atau datang sahaja ke hotel ini untuk menikmati menu bertaraf lima bintang dan dimasak oleh chef kami yang berbeza setiap minggu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dekat sini semalam.

Katanya, antara menu yang dijual adalah char kuey teow, nasi ayam dan air batu campur (ABC) pada setiap hari bermula 11 pagi hingga 7 malam.

Sementara itu, menurut Joannes, ketika ini, pihaknya terpaksa menawarkan cuti tanpa gaji dan pengurangan gaji bagi memastikan kakitangan hoteltersebut tidak diberhentikan.

“Kami mempunyai 170 kakitangan namun bagi tempoh PKP ini hanya 50 peratus kakitangan yang bekerja dan 50 peratus lagi bercuti tanpa gaji. Ia terpaksa diambil bagi memastikan hotel ini terus beroperasi,” katanya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed