by

MetMalaysia keluar amaran cuaca buruk sehingga esok

News Sources:

PETALING JAYA: Amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga esok.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan yang dijangka terbabit di Terengganu adalah daerah Kemaman dan bagi kawasan di Pahang adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Manakala, bagi negeri Johor, daerah Mersing dijangkakan hujan lebat berterusan dan sehingga esok, Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru dijangka mengalami cuaca buruk juga.

Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Keadaan yang sama juga diramalkan berlaku sehingga esok di Pahang termasuk kawasan Tanah Tinggi Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera

Sementara itu, Sabah melibatkan Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan serta Kudat. MetMalaysia akan terus mengemas kini ramalan cuaca seluruh negara. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed