by

Mexico dakwa pengedaran vaksin Covid-19 utamakan negara kaya

News Sources:

MEXICO CITY – Negara Mexico tidak senang dengan cara vaksin Covid-19 diuruskan sambil mendakwa prosesnya mengutamakan negara kaya danl meninggalkan negara miskin.

Menteri Luar Negerinya, Marcelo Ebrard berkata, delegasi Mexico ke Majlis Keselamatan di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah membuat aduan mengenai perkara itu yang didakwa menghalang akses kepada vaksin.

“Negara-negara yang menghasilkan vaksin mempunyai kadar vaksinasi yang lebih tinggi manakala Amerika Latin dan Caribbean mempunyai lebih sedikit.

“Kami akan membangkitkannya di PBB kerana ini tidak adil,” kata Ebrard.

Mexico telah berjuang untuk melancarkan siri vaksinnya namun hanya mampu mengurus sekitar 750,000 dos vaksin setakat ini walaupun telah menandatangani perjanjian pembelian.

Dengan kekurangan bekalan untuk mengekang penularan pandemik ia menyebabkan kebimbangan kepada pemerintah Mexico semakin meningkat.

Pemerintahnya juga mempersoalkan sama ada beberapa negara yang mempunyai banyak vaksin akan berkongsi bekalan dengan negara lain.

Negara-negara yang lebih kaya seperti Amerika Syarikat (AS), China dan United Kingdom (UK) merupakan negara yang yang mempunyai bekalan vaksin yang paling banyak diberikan setakat ini sementara banyak negara miskin masih belum mendapatkannya walaupun satu dos.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Januari lalu berkata, walaupun vaksin memberi harapan kepada seluruh negara, ia masih menjadi masalah ketidaksamaan antara negara kaya dan miskin.

“Walaupun mereka menggunakan cara yang adil dengan mengutamakan perjanjian dua hala namun masih terdapat negara dan syarikat yang masih menaikkan harga dan berusaha untuk melompat ke barisan depan.

“Perkara ini adalah salah,” ujarnya.

Menurutnya, aduan Mexico pada mesyuarat PBB Rabu akan menumpukan perhatian kepada Amerika Latin dan Caribbean, sebuah negara miskin di dunia yang sangat teruk akibat wabak tersebut.- MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed