by

Mildef perkenal kereta perisai buatan Malaysia

News Sources:

KUALA LUMPUR – Mildef International Technologies Sdn Bhd, sebuah syarikat Malaysia yang menyediakan perkhidmatan automotif untuk industri pertahanan di negara ini telah membangunkan kenderaan berperisai mobiliti tinggi empat roda (4×4).

Menurut syarikat itu, kenderaan berperisai Mildef HMAV 4×4 dibangunkan bagi menyelesaikan cabaran sokongan selepas jualan dalam perkhidmatan tentera disebabkan terlalu bergantung kepada pembekal antarabangsa.

“Selepas bertahun-tahun bekerja keras, kami berbesar hati untuk mengatakan bahawa kami telah berjaya membina dua unit prototaip dan ianya bersedia untuk diuji,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa dalam satu kenyataan hari ini.

Pembangunan HMAV telah dibantu oleh agensi pertahanan Malaysia iaitu Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride) serta Angkatan Tentera Malaysia dalam mengesahkan reka bentuk termasuk pembangunan kenderaan mengikut aplikasi standard ketenteraan.

Selain membekalkan kepada pasaran Malaysia, Mildef merancang untuk menembusi pasaran ASEAN sebelum meneroka peluang bagi mengeksport kenderaan ke rantau lain.

Menurut syarikat itu, HMAV mempunyai platform modular yang boleh disesuaikan mengikut spesifikasi setiap negara.

Syarikat itu telah memberi kontrak kepada pengeluar jentera dan peralatan Amerika Syarikat, Caterpillar untuk membekalkan enjin kenderaan berkenaan, yang disebut sebagai “enjin yang paling mantap dengan teknologi termaju serta lasak yang ada di pasaran.”

Dilengkapi dengan fungsi artileri, grenad dan anti periuk api, ia turut dipasang dengan tenggekan senjata kawalan jauh yang membolehkan turet senjata kenderaan itu menembak secara 360 darjah semasa bergerak. – Bernama



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed