by

Minamino terkejut ‘dilepaskan’ Liverpool – Utusan Digital

News Sources:

LONDON: Bintang Jepun, Takumi Minamino mengakui amat terkejut apabila Liverpool membuat keputusan meminjamkannya kepada Southampton, Januari lalu.

Selepas tiba di Anfield dari RB Salzburg pada Januari 2020, pemain sayap Jepun itu sukar untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama Reds.

Hanya 10 minit sebelum jendela perpindahan ditutup, pengendali pasukan, Jurgen Klopp membuat keputusan untuk meminjamkan Minamino kepada Southampton sehingga hujung musim.

Pemain berusia 26 tahun itu mencipta impak sejak tiba di St Mary’s, namun dikatakan tidak mahu ‘berpaling ke Anfield’ sebaliknya memikirkan tentang perpindahan ke Sepanyol.

“Ia berlaku pada hari terakhir (jendela perpindahan) selepas latihan, kira-kira pukul 5 petang. Ada orang menghubungi saya dan memberitahu tentang perkara itu, ia berlaku begitu saja.

“Saya tidak langsung menjangkakannya, jadi saya orang paling terkejut berbanding orang lain apabila menerima panggilan tersebut.

BERSAING dengan pemain hebat seperti Mohamed Salah menyebabkan Minamino sukar mendapat tempat dalam kesebelasan Liverpool.

“Bagi saya, ia peluang yang baik dan saya mendapat satu perasaan positif. Saya mahu mengambil peluang ini, dan itu sebabnya saya berada di sini,” katanya kepada laman web Southampton.

Di Anfield, Minamino sukar menembusi kelompok pemain yang sering menjadi pilihan Klopp, Mohamed Salah, Sadio Mane, Diogo Jota dan Roberto Firmino.

Setakat ini, Minamino sudah membuat enam penampilan bersama The Saints dan meledak dua gol.

Ketika ditanya tentang kemungkinan kembali ke Liverpool, yang mana dia mempunyai kontrak sehingga 2024, pemain kelahiran Izumisano itu berkata: “Bagi pemain bola sepak, minit permainan perkara paling penting.

“Bermain lebih banyak membantu mengembalikan keyakinan saya sebagai pemain. Lebih banyak saya beraksi, lebih banyak saya membantu pasukan dan menyumbang kepada kemenangan.

“Bermain dalam Liga Perdana adalah impian saya sejak kecil. Saya seronok bermain di sini,” katanya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed