by

Mini Stadium Padang Terap ganti nama Ffira Mikah

News Sources:

KUBANG PASU: Kerajaan negeri memutuskan untuk menggunakan nama Mini Stadium Padang Terap sebagai ganti kepada nama Mini Stadium Ffira Mikah di Kuala Nerang, yang menjadi kontroversi sebelum ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Exco yang berlangsung di Pejabat Daerah Kubang Pasu di sini hari ini.

“Pegawai daerah yang terlibat juga telah ditukarkan ke Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

“Itu proses pertukaran biasa di bawah pentadbiran negeri. Semua itu berada di bawah kuasa prerogatif Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Penghuni Perumahan Generasi Baharu Felda di Felda Laka Selatan di sini, hari ini.  

Penggunaan nama stadium Ffira Mikah itu sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana didakwa diilhamkan daripada nama bekas pegawai daerah tersebut, Hakim Ariff Md. Nor.

Hakim Ariff bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan nama Ffira Mikah itu merupakan gabungan Bahasa Sepanyol atau Greek dengan bahasa Arab di mana Ffira dikatakan bermaksud ‘hebat’ manakal ‘Mikah’ merupakan nama malaikat.

Ekoran kontroversi tersebut, Menteri Besar dalam sidang akhbarnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco pada 16 Disember lalu mendedahkan, penggunaan nama Ffira Mikah itu sebenarnya tidak mengikut prosedur ditetapkan.

Sementara itu, Muhammad Sanusi menafikan pertukaran pegawai daerah tersebut merupakan satu bentuk hukuman kepada Hakim Ariff.

“Kalau hukum kita pecat. Tetapi ini bukan hukuman di mana gaji dan kerjanya banyak itu juga.

“Seperti saya nyatakan tadi, ini cuma proses pentadbiran biasa,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed