by

Misteri kehilangan warga emas terjawab, mayat ditemukan di kebun getah

News Sources:

ARAU : Misteri kehilangan seorang warga emas sejak Rabu lalu terjawab selepas keretanya ditemukan seterusnya membawa kepada penemuan mayat lelaki berkenaan di kebun getah di Felda Lakar Tamin, Bukit Kayu Hitam, Kedah, semalam.

Mayat Lim Boo Song @ Lim Yam Huat, 80, itu ditemukan sekitar satu kilometer dari kereta jenis Proton Iswara warna biru gelap miliknya kira-kira pukul 3.20 petang.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Nanda Maarof berkata, lelaki itu dilaporkan hilang Rabu lalu selepas anak perempuannya  ke rumah warga emas tersebut yang tinggal di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Mata Ayer, di sini pada pukul 9.30 pagi hari sama.

Katanya, hasil siasatan mendapati warga emas itu tidak dapat dihubungi sehari sebelum itu dan kali terakhir anaknya berjumpa lelaki yang tidak berkerja berkenaan adalah pada Isnin.

Jelasnya, mangsa yang sihat dipercayai keluar dari rumah menggunakan kereta Proton Iswara tersebut.

“Pada Khamis, kami menerima maklumat bahawa kereta mangsa ditemukan di sebuah kebun getah Felda Lakar Tamin kira-kira pukul 5.30 petang.

“Lanjutan itu, operasi mencari dan menyelamat dijalankan melibatkan polis, Unit Anjing Pengesan (K9), bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) pada kelmarin dan semalam.

“Mayat mangsa ditemukan pada jarak satu kilometer dari keretanya pada pukul 3.20 petang. Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, polis masih menjalankan siasatan mengenai punca kematian tersebut. – UTUSAN ONLINE 

The post Misteri kehilangan warga emas terjawab, mayat ditemukan di kebun getah appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed