by

Misteri ketuk pintu, baling, sepah barang dan tutup suis lampu di Temerloh

News Sources:

TEMERLOH: Misteri ketukan pintu yang sampai ke bandar ini semakin menyeramkan apabila turut melibatkan gangguan fizikal sehingga menakutkan sebuah keluarga di Taman Temerloh Jaya di sini.

Kejadian ketukan selama tiga malam bermula 27 Disember lalu di rumah didiami seorang ibu tunggal orang kurang upaya (OKU) bersama tiga anaknya itu menyaksikan gangguan melempar dan menyepahkan barangan serta menutup suis lampu. 

Malah kejadian membaling barangan itu turut melibatkan individu yang datang membantu dengan melakukan rawatan tradisional Islam.

Saiful Affendi Ismail, 44, yang membantu seorang pengamal perubatan Islam berkata, gangguan ketukan selama tiga malam di rumah dua tingkat itu sampai ke kemuncak apabila berlaku gangguan membaling barang-barang dan menutup lampu.

“Sepanjang saya membantu petugas perubatan ini saya tidak pernah jumpa keadaan begini yang mana saya hampir-hampir terkena balingan sebotol air mineral ketika sedang membaca ayat al-Quran di dalam rumah.

“Malah pada malam itu, ketika kami keluar dari kawasan rumah berlaku ketukan kuat, diikuti dengan kejadian membaling barang-barang dan menutup suis lampu menyebabkan penghuni rumah menjerit ketakutan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Saiful Affendi, rumah berkenaan dihuni seorang ibu tunggal OKU yang tidak dapat berjalan bersama tiga orang anaknya yang berumur 18 dan 12 tahun serta anak angkat berusia empat tahun.

Beliau memberitahu, berdasarkan kepada cerita daripada mangsa menyatakan ketukan bermula pada 27 Disember diikuti 28 Disember sekitar pukul 11 malam.

Katanya, ketukan pintu itu kemudiannya berlaku lagi pada malam ketiga seawal pukul 9 malam yang diikuti dengan gangguan membaling barang dan menutup lampu rumah sebelum gangguan berhenti pada pukul 3 pagi.

Dalam pada itu, beliau berharap netizen tidak mengeluarkan komen negatif terhadap keluarga berkenaan dengan tuduhan membela hantu dan sebagainya yang menyebabkan keluarga berkenaan semakin tertekan. 

“Pada masa ini gangguan telah tiada dan ketakutan keluarga berkenaan semakin kurang cuma mereka berasa tertekan dengan tuduhan negatif netizen dalam media sosial,” ujarnya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed