by

MN tetap kukuh di sebalik penubuhan PN

News Sources:

BERA: Persepakatan antara UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) tetap kukuh walaupun terdapat persepsi ia semakin longgar berikutan penubuhan Perikatan Nasional (PN).

Jawatankuasa Pemandu MN, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  yang juga Naib Presiden UMNO berkata, MN perlu terus dipertahan kerana terbukti membawa kebaikan kepada survival bangsa, agama dan negara.

Tegasnya, pertemuan meja bulat antara pemimpin UMNO dan Pas setiap dua minggu sekali bersepakat mengekalkan momentum MN menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kewujudan MN adalah manifestasi kebangkitan  orang Melayu dan Islam serta bumiputera yang terkesan selama 22 bulan pemerintahan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Orang Melayu dan bumiputera mendapat pengalaman cukup berguna apabila DAP yang menguasai kerajaan PH telah merobek apa jua berkaitan dengan kepentingan institusi Melayu,” katanyanya ketika merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Dewan Majlis Daerah Bera Padang Luas, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, orang Melayu perlu bermuhasabah diri dan menjadikan pengalaman keperitan 22 bulan bagi menolak perpecahan sebaliknya mengukuhkan perpaduan bagi menghadapi ‘musuh’ pada PRU-15.

Menurutnya, sejarah negara  membuktikan perpecahan orang Melayu diambil kesempatan oleh pihak ketiga.

“Dalam konteks PRU-14 menjadi sejarah buruk kepada orang Melayu apabila DAP menjadi pihak ketiga menguasai kerajaan PH,” katanya.

Oleh itu tegasnya, tiada DAP dalam kamus pemikiran orang Melayu kerana perlembagaan parti itu memperjuangkan Malaysia Malaysian yang bakal menghakis keistimewaan Melayu. 

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pembahagian kerusi PRU-15 antara Barisan Nasional (BN) dan Pas sedang berjalan bagi mendapatkan keputusan terbaik.

Bagaimanapun, tambah beliau, prinsip pengagihan itu akan berdasarkan elemen ‘status quo’ dan mengelak pertembungan sesama sendiri dalam PRU-15. – UTUSAN ONLINE 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed