by

Model baharu pembangunan belia, satu lontaran awal

News Sources:

DALAM dialog antara Menteri Belia dan Sukan bersama Ahli Dewan Tertinggi
(DT) Majlis Belia Malaysia (MBM) tanggal 4 Februari yang lalu, YB Dato’ Seri
Reezal Merican telah mencetuskan suatu idea penting pembaharuan iaitu model baharu pembangunan belia. Sudah menjadi lumrah pemimpin bercitrakan ‘visionary leader’ seperti beliau mahukan pembaharuan dilakukan agar bertepatan dengan semangat zaman atau zeitgeist serta aspirasi generasi pandemial yang berhadapan dengan penangan dahsyat wabak halimunan ini.

Bukan membuat polisi baharu, tetapi sekadar penambahbaikan dan sokongan strategi mekanisme kepada polisi yang sedia ada Dasar Belia Malaysia (DBM) 2015 – 2035 yang komprehensif selain mensinergikannya dengan polisi nasional dan global iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) dan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG). Dalam Majlis Amanat Menteri Belia dan Sukan 10 Februari 2021 kepada seluruh warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan pemegang taruh pembangunan belia dan sukan, Dato’ Seri Reezal Merican menyentuh sepintas lalu tentang keperluan model baharu pembangunan belia ini dengan memadankan secara spesifik kepada Konsep III DBM iaitu Futuristik, Releven dan Terkini.

Konsep III DBM merangkumi 3 Teras iaitu i.) Pembangunan Belia Positif (PYD) ii.) Dari Belia untuk Belia dan iii.) Belia Sebagai Sumber dan Aset Negara. Atas binaan 3 teras ini diharapkan model baharu ini dapat menjawab persoalan dan permasalahan semasa para belia yang kecewa (youth disillusionment) khususnya berkaitan dengan cabaran
era pandemik iaitu pengangguran, pekerjaan, ekonomi, pendidikan, kesihatan mental dan jurang digital.

Justeru model baharu ini amat ‘crucial’ dan amat mencabar bagi memberikan daya bangkit (resilience) dan kemahiran (competency) sekali gus jalan keluar daripada awan kabut yang kelam kepada masa depan yang lebih cerah. Model baharu ini juga diharap mampu menjadi mekanisme ampuh untuk menghidupkan harapan kepada belia pandemial yang resah dan kecewa akan masa depan mereka yang kelihatan kelam dek
angkara Covid-19.

Sebagai percambahan perbincangan (brainstorm), penulis memikirkan beberapa pertimbangan idea mentah dan cadangan awal untuk diintegrasikan ke dalam model baharu agar ia lebih kontemporari dan komprehensif. Sudah tentu bila berbicara soal pembangunan belia maka tidak lari daripada perbahasan berkaitan gerakan belia kerana menurut Profesor Azimi Hamzah, adiguru pembangunan belia Negara bahawa pembangunan belia di Malaysia masih berasaskan gerakan belia.

Maka model baharu ini harus turut mengambil kira persoalan pembaharuan ‘manhaj’ (model) gerakan belia. Gerakan belia sebagai lokomotif kepada Pembangunan Belia
Positif (PYD) harus terus dikekalkan sebagai entiti penting namun ianya perlu kepada pendekatan baharu seperti model keusahawan sosial dan inovasi sosial untuk kekal mandiri daripada segi kewangan dalam masa sama dapat fokus membangunkan belia.
Konsep bon impak sosial juga boleh turut difikirkan untuk diterapkan ke dalam gerakan belia bahkan MBM telah pun kehadapan mengusulkan konsep ini kepada pihak Kementerian Kewangan bagi mendanai gerakan belia yang berjaya memberikan impak sosial yang signifikan dalam masyarakat dengan model kerjasama kerajaan– korporat – gerakan belia.

Elemen seperti pengantarabangsaan, futuristik, teknologi hijau dan kerja beli profesional wajar diintegrasikan ke dalam model baharu ini agar pemegang taruh boleh mempersiapkan belia menjadi pemimpin bernuansa global, kebal masa depan (future proof) dan belia mendapatkan bimbingan dan penyerlahan bakat secara profesional di pusat pembelajaran informal di pusat-pusat belia yang dikendalikan oleh pekerja belia profesional dan terlatih.

Majlis Belia Malaysia (MBM) mengambil langkah proaktif menubuhkan Jawatankuasa Khas Model Pembangunan Belia Baharu bagi membincangkan mekanisme model ini sekali gus memberikan input-input segar kepada pihak KBS. Keanggotaan merangkumi Exco MBM, Ahli Dewan Tertinggi (DT) MBM, Felo Penyelidik MBM dan ahli lantikan belia luar
mampu diyakini menggalas tugasan besar bagi memberikan input dan mengumpul daripada belia pandemial di luar khususnya yang berumur di bawah 30 tahun dan terkesan teruk dengan keadaan pandemik ini.

Model baharu wajib mengambil kira suara belia pandemial terbanyak di bawah agar ianya bersifat bottom-up dan bukan top-down. Ia merupakan co-creation antara belia, MBM dan KBS agar disepunyai sepanjang masa.

Seperkara lagi yang perlu difahami ialah model pembangunan belia perlu difahami sebagai sesuatu kerangka yang mudah diikuti dan dipraktiskan dengan mengambil kira bukan sahaja pembangunan fizikal tetapi juga pembangunan dalaman belia yang bersifat spiritual. Ia juga selaras dengan konsep yang sedang dipopularkan MBM iaitu Falsafah Pengislahan Belia.

Selain model baharu ini, seperkara lagi perlu difikirkan ialah nasib golongan catalyst berumur 30 – 40 tahun yang bakal terkeluar daripada takrifan belia agar disokong dengan polisi dan sistem sokongan sewajarnya agar mereka boleh menjalani kehidupan pasca belia dengan baik.

MBM akan memberikan ruang yang besar kepada kumpulan pemimpin belia pelapis bagi mempelopori inisiatif Jawatankuasa Khas Model Pembangunan Belia Baharu ini agar ianya benar-benar selaras dengan Teras DBM 2 Dari Belia untuk Belia (youth- led initiative). JK ini akan mencadangkan kerangka model terbaik untuk diperbincangkan bersama
pihak KBS.

Jufitri Joha
Presiden, Majlis Belia Malysia



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed