by

Mohamad Aziz kembali ke rahmatullah

News Sources:

JOHOR BAHRU: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Tan Sri Mohamad Aziz meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini kira-kira pukul 10.50 malam ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Speaker DUN Johor, Suhaizan Kayat.

Beliau menyifatkan pemergian Allahyarham
sebagai kehilangan besar kerana sering memberikan nasihat berguna dalam mengendalikan DUN Johor.

“Selepas pelantikan saya sebagai Speaker Dewan Johor pada 2018, saya sempat ziarah Allahyarham di Sri Gading.

“Banyak nasihat-nasihat berguna yang beliau berikan pada saya. Moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu anak Allahyarham, Shukur Mohamad memaklumkan, jenazah bapanya akan dibawa pulang ke kediaman terletak di Taman Nong Chik.

Maklumat lanjut urusan pengebumian akan dimaklumkan kemudian.

Allahyarham sebelum ini adalah Speaker DUN Johor dari 2013 sehingga 2018 dan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani serta Ahli Parlimen Sri Gading.

Selain itu, beliau pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri dengan memegang portfolio Pengerusi Pembangunan Sosial dan Kebajikan Masyarakat.

Dalam bidang politik, Mohamad pernah menjadi Timbalan Pengerusi Tetap UMNO bagi sesi 2008/2011 dan menjadi Ketua Bahagian UMNO Bahagian Sri Gading. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed