by

Mohd. Annuar lapor polis kenyataan fitnah berkaitan pelantikan exco

News Sources:

IPOH: Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat di sini hari ini berikutan tular satu kenyataan dalam laman sosial Facebook yang memfitnah beliau berkaitan pelantikan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Perak yang baharu.

Menurut Mohd. Annuar, tuduhan bahawa dalam kenyataan itu bahawa pelantikan lima exco hari ini tidak melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas bukan sahaja tidak benar dan berunsur fitnah malah dilihat menjatuhkan kredibilitinya sebagai Ahli Dewan Negara Perak.

“Saya tidak pasti siapa yang menularkan kenyataan itu dalam laman sosial FB dan tujuan laporan ini dibuat adalah menafikan dakwaan tersebut sekali gus membolehkan pihak polis menjalankan siasatan.

“Saya bimbang kenyataan itu menjejaskan nama baik istana Perak dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Rapat di sini hari ini.

Kenyataan yang tular hari ini ialah ‘5 lagi Exco kerajaan Perak angkat sumpah petang ini. Namun pelantikan itu tidak melibatkan ADUN Pas. Kata Mohd. Annuar Zaini. Cukup dah 10 Exco. Amacam?’.

Mohd. Annuar berkata, setiap pihak harus bertanggungjawab dan beretika dalam menyiarkan sebarang berita yang seharusnya berfakta dan benar bagi mengelakkan timbul sebarang polemik dan fitnah.

“Saya rasa benda (dakwaan) ini berniat tidak baik. Kita sudah sampai ke peringkat dapat menyelesaikan (krisis politik) dan Sultan Perak juga sudah pun memperkenankan ditubuhkan sebuah kerajaan.

“Kerja-kerja melagakan dan lebih-lebih lagi melibatkan nama saya yang mana saya dilihat sebagai jurucakap bagi pihak istana, seolah-olah apa yang ditularkan itu orang akan percaya.

“Dakwaan seolah-olah ADUN Pas tidak akan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri itu juga bagi saya tidak baik dan berniat nakal pada saya,” katanya.

Dua ADUN dari Pas merupakan antara lima exco yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini.

Mereka ialah ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria dan ADUN Selama, Mohd. Akmal Kamaruddin. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed