by

Mohd. Ekhwan Naib Canselor UKM baharu

News Sources:

PUTRAJAYA: Prof. Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharuberkuat kuasa 1 Januari ini hingga 31 Disember 2023. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, bekas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran.

Beliau berkata, Mohd. Ekhwan, 51, diyakini dapat meneruskan kegemilangan UKM sebagai salah sebuah universiti terulung di Malaysia. 

“Beliau adalah graduan UKM tahun 1992 (Ijazah Am) dan 1993 (Ijazah Kepujian) dalam bidang Geografi (Fizikal), Fakulti Sains Kemasyarakan dan Kemanusiaan. 

“Beliau seterusnya memperoleh Sarjana (MSc) dari University of Manchester serta Doktor Falsafah (PhD) dari University of Newcastle Upon Tyne UK dalam bidang Pemodelan Hidrologi 

Sekitaran, Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Pengurusan Sumber Air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noraini berkata, Mohd. Ekhwan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Akademik dan Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi selain memegang jawatan pentadbiran dan akademik yang lain seperti Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM. – UTUSAN ONLINE 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed