by

Mok gementar dapat tempahan pertama buat kek

News Sources:

JOHOR BAHRU: Terjun ke dalam dunia perniagaan tanpa sebarang pengalaman apatah lagi menghasilkan kek untuk dijual kepada individu tidak dikenali, sudah tentu menimbulkan rasa gementar terhadap seorang pemuda.

Namun, Mohamad Fikri Jumahat, 23, yang mesra dengan panggilan ‘Mok’ kini mengatasi perasaan tersebut apabila perniagaan kek diusahakannya dengan label Mox Bites mendapat permintaan ramai termasuk dari Melaka dan Kuala Lumpur.

Walaupun baru enam bulan mengenali dunia perniagaan membuat kek, anak bongsu daripada tiga beradik itu membuktikan bahawa usia muda juga mampu memperoleh pendapatan dengan hasil keringat sendiri.

“Saya mula belajar buat kek melalui YouTube pada Julai tahun lalu selepas kematian bapa akibat sakit strok. Ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan dan saya cuba mencari sesuatu untuk belajar,” katanya ketika ditemui di Bandar Uda Utama, di sini semalam.

Setelah mencuba beberapa kali dan mencatat sukatan bahan-bahan untuk membuat kek dengan tepat, Mohamad Fikri berkata, barulah kek tersebut didapati memenuhi citarasa sebenar lalu mempromosinya di laman Instagram.

“Alhamdulillah, sebaik sahaja dimuat naik di laman sosial, saya mula menerima tempahan walaupun perasaan gementar tetap ada,” katanya.

Ujar bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Uda Utama itu, dia melakukan sendiri proses membuat kek bermula membeli bahan mentah, memasak dan menghantar tempahan sambil dibantu ibunya, Zaharah Abd. Hamid, 62, yang menjaga akaun sementara abangnya membantu membuat grafik.

Katanya, selain Lotus Biscoff yang dijual pada harga RM14 sekotak, dia turut menghasilkan kek Ovaltine Chesse berharga RM15 serta dua lagi produk baharu iaitu Brownies Lotus dan Cookies Lotus yang akan dijual tidak lama lagi. – UITUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed