by

MOM akan putuskan kriteria pemilihan Sukan SEA Khamis

News Sources:

KUALA LUMPUR –  Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menafikan dakwaan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail bahawa hanya atlet berusia bawah 23 tahun akan disenaraikan ke Sukan SEA Hanoi.

Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, dakwaan itu dibuat berdasarkan khabar angin dan Ahmad seolah-olah  tergesa-gesa sebelum Jawatankuasa Pemilihan bermesyuarat Khamis.

Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Mohamad Norza, terdiri daripada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail , Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara Ahmad Faedzal Md Ramli dan dua ahli bebas — bekas ketua pengarah MSN Datuk Mazlan Ahmad dan bekas setiausaha kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi.

“Tiada apa yang sudah diputuskan.  Esok kami akan membuat keputusan yang akan menjadi asas kepada proses pemilihan Sukan SEA.

Keputusan akan berdasarkan persiapan persatuan sukan kebangsaan (NSA) dan keadaan pandemik COVID-19 dengan ketiadaan kejohanan untuk dijadikan kayu pengukur prestasi atlet. Niat kami ialah untuk sentiasa membantu NSA untuk menyediakan program pembangunan yang tepat, katanya ketika dihubungi.

Ahmad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat semalam berkata sepak takraw berisiko untuk pulang dengan tangan kosong daripada sukan dwitahunan itu yang dijadualkan dari 21 Nov hingga 2 Dis sekiranya PSM menghantar pemain bawah 23 tahun kerana mereka tidak bersedia untuk tugasan itu sementara tiada peluang untuk pendedahan disebabkan pandemik COVID-19.

Pada Sukan SEA 2019 di Filipina, skuad sepak taktaw negara kembali dengan hanya dua pingat perak dan satu gangsa selepas memperoleh dua emas, tiga perak dan enam gangsa pada edisi 2017 Sukan SEA di Kuala Lumpur.

MOM dan NSA bermesyuarat pada tahun lepas mengenai proses pemilihan Sukan SEA termasuk menghantar atlet muda atau Sukan Malaysia (Sukma) kerana sukan serantau itu ialah temasya sukan untuk pembangunan dan persahabatan.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat satu dengan satu , ada NSA yang bersetuju untuk memberikan pendedahan kepada atlet remaja, ada yang memilih kekal dengan atlet senior sementara ada yang mahukan gandingan pemain muda dan senior. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed