by

MPK beri amaran kepada peniaga supaya patuhi SOP

News Sources:

KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) memberi amaran kepada peniaga supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam menjalankan operasi perniagaan pasar malam bagi mengelakkan mereka berhadapan dengan tindakan penutupan.

Amaran itu dikeluarkan susulan pihaknya mendapati terdapat segelintir peniaga gagal mematuhi SOP seperti tidak mempamerkan kod QR untuk merekodkan kehadiran pelanggan di Pasar Malam Jalan Mesra, Taman Chi Liung dan Taman Kandis Permai di sini.

Yang Dipertua MPK, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, pihaknya mendapati peniaga tidak menggunakan kebenaran berniaga sebaik mungkin dengan mengikut SOP ditetapkan.

“Pemantauan mendapati rata-rata peniaga tidak menyediakan alatan yang disyaratkan seperti pengimbas suhu, buku pendaftaran dan cecair pembasmi kuman.

“Oleh demikian, kita memberi amaran kepada peniaga supaya kekal mematuhi SOP bagi mengelakkan tindakan menutup mana-mana pasar malam, pagi dan perniagaan premis peniaga serta penjaja yang gagal melaksanakannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Fadzli berkata, selain gagal mematuhi SOP, pihaknya juga mendapati peniaga juga gagal mengikut tatacara pembukaan pasar malam dan tidak memasang plastik putih di sekeliling tempat perniagaan.

“Bukan itu sahaja, terdapat peniaga yang menggunakan lebih petak daripada yang diperuntukkan. Keadaan ini juga mengakibatkan laluan menjadi terlalu sempit sehingga tiada penjarakkan berikutan susun atur tapak peniaga di tengah jalan.

“Tanggungjawab mematuhi SOP kawalan kendiri adalah tertakluk kepada peniaga-peniaga sendiri sekiranya mereka ingin meneruskan perniagaan.

“Namun, kita akan membantu menyediakan QR Kod kendiri secara berperingkat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed