May 14, 2021
by

MPK kerjasama Arkib Negara, kumpul bahan sejarah Bandar Diraja Klang – JohorKini

News Sources:

MPK-kerjasama-Arkib-Negara-kumpul-bahan-sejarah-bandar-diraja-Klang.jpg

Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin (kanan) bertukar dokumen perjanjian dengan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Datuk Azemi Abdul Aziz (kiri) sempena Majlis Menandatangani Nota Kerjasama di Dewan Hamzah, Klang pada 1 April 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

KLANG, 1 APR: Majlis Perbandaran Klang (MPK) bekerjasama dengan Arkib Negara Malaysia untuk mengumpul semula bahan dan sejarah bandar diraja berkenaan.

Yang Dipertua MPK, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata usaha itu bagi menjadikan Klang sebagai bandar warisan dunia yang diiktiraf Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

“Dalam usaha ke arah itu, MPK amat memerlukan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak terutama Arkib Negara Malaysia yang menyimpan pelbagai rekod dan khazanah Klang.

“MPK berbesar hati menjalin kerjasama strategik ini bagi mendapat khidmat nasihat daripada agensi bertauliah selain rekod dan bahan berkaitan bandar ini,” kata Dr Ahmad Fadzli, lapor SelangorKini

Beliau yang ditemui pada Majlis Menandatangani Nota Kerjasama di Dewan Hamzah di sini berharap hubungan itu memberi dampak dan manfaat besar dalam memartabatkan sejarah bandar berkenaan.

“Saya harap agar perancangan dan hasrat MPK untuk menaik taraf bandar ini menjadi Warisan Bandar Diraja tercapai,” kata Ahmad Fadzli.

Klang yang kaya dengan nilai sejarah pernah menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Selangor, sebelum Shah Alam dipilih sebagai ibu negeri.

Antara lokasi bersejarah yang popular ialah Stesen Kereta Api (KTM), Gedung Raja Abdullah, Kota Raja Mahadi, Jambatan Kota, Jalan Tengku Kelana dan Masjid Diraja Sultan Suleiman.

Selain itu, Istana Alam Shah, Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Stesen Keretapi Klang, Balai Bomba dan Penyelamat Klang Selatan dan Old Chartered Bank Building.

Johorkini

 



Post Views:
8







Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed