by

MPOB, MIU jalin kerjasama lahirkan penyelidik dalam industri sawit global

News Sources:

PETALING JAYA: Manipal International University (MIU) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam usaha melahirkan penyelidik yang boleh menyumbang kepada kemajuan industri sawit mampan negara dan global.

MIU merupakan sebahagian daripada entiti di bawah Manipal Global Education Services (MaGE).

Menurut MPOB, di bawah kerjasama itu, pelajar lepasan ijazah MIU dalam bidang bioteknologi boleh melaksanakan projek penyelidikan berkaitan sawit di MPOB.

Selain itu katanya, mereka juga berpeluang mendapatkan kepakaran dan kemudahan penyelidikan untuk melaksanakan projek penyelidkan berkaitan sawit yang akan dipantau oleh MPOB dan MIU.

“Dalam konteks ini, MIU akan bekerjasama dengan MPOB untuk melaksanakan penyelidikan dalam bidang bioteknologi dan berkaitan sawit. Penerbitan yang akan dihasilkan melalui kerjasama adalah penting bagi kedua-dua pihak dan industri sawit,” jelasnya dalam kenyataan.

Tambah MPOB, penyelidiknya akan turut diundang sebagai pensyarah jemputan untuk berkongsi kepakaran bersama pelajar MIU.

Pendekatan tersebut katanya, akan meningkatkan minat pelajar untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai industri sawit dan mendedahkan mereka kepada perkembangan teknologi terkini yang dibangunkan oleh MPOB.

MIU juga telah melancarkan program Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam penyelidikan bioteknologi bermula suku akhir tahun lalu dan merancang mendaftarkan kumpulan pelajar lepasan ijazah pertama pada bulan ini.

“Usaha dengan MPOB adalah penting bagi MIU kerana menyediakan peluang kepada pelajar sarjana dan lepasan ijazah dalam bidang bioteknologi terhadap institusi penyelidikan minyak sawit terkemuka di dunia sekali gus membantu para pelajarnya mengenai industri sawit mampan di Malaysia,” katanya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed