by

MTPN rekod 51 aduan, kos kerugian sebanyak RM313,028

News Sources:

PUTRAJAYA: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Negeri  Selangor merekodkan 51 kes aduan membabitkan kerugian kira-kira RM313,028 sepanjang tempoh Oktober hingga Disember tahun lalu.

Yang Dipertua MTPN Negeri Selangor, Datuk Dr. Gavin Voon berkata, pihaknya menyelesaikan 51 kes manakala tujuh kes lagi masih dalam siasatan dan perundingan.

Katanya, daripada jumlah berkenaan 19 kes aduan direkodkan melalui kehadiran pengadu manakala 32 kes pula melalui Facebook.

“Jumlah kerugian yang direkodkan bagi 51 kes ialah sebanyak RM313,028.25 dan satu kes membabitkan kematian masih dalam tindakan mahkamah,” jelasnya ketika berucap pada majlis Perasmian Pejabat MTPN Cawangan Negeri Selangor di Hotel Marriot, Putrajaya hari ini.

Majlis berkenaan telah dirasmikan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Muhammad Zikril Azan Abdullah yang turut dilantik sebagai Ahli Penasihat Kehormat MTPN Negeri Selangor.

Beliau berkata, 19 aduan yang diterima dari pengadu yang hadir sendiri ke pejabat merangkumi agensi pembantu rumah (6 kes), salon kecantikan (7 kes), Agensi CCTV Keselamatan  (1 kes), klinik kecantikan (1 kes), Pembelian dalam talian (3 kes) dan syarikat logistik (1 kes).

“Melalui khidmat pesanan pula, MTPN menerima 32 aduan membabitkan salon kecantikan (32 kes),barangan online (5 kes), agensi pembantu rumah (3 kes), klinik kecantikan, logistik dan ubah suai rumah (2 kes) manakala kereta sewa, feng sui, barangan elektronik, klinik gigi, sijil palsu masing-masing satu kes,” tegasnya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed