by

Muhyiddin lawat mangsa banjir di Kemaman

News Sources:

KEMAMAN: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok di sini.

Muhyiddin yang tiba kira-kira pukul 1.20 petang turut menyampaikan sumbangan kepada 487 mangsa banjir membabitkan 140 keluarga di PPS itu.

Beliau yang meluangkan masa hampir sejam di PPS tersebut sempat  beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir. 

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd. Zahari Md.Azahar.

Terdahulu, Perdana Menteri turut mendengar taklimat banjir yang disampaikan Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed