by

MyDigital landasan menjadikan Malaysia nadi digital serantau

News Sources:

PUTRAJAYA: Program ‘MyDigital – Rangka Tindak Ekonomi Digital Malaysia’ mampu menjadikan Malaysia sebagai nadi digital serantau menjelang 2030.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, MyDigital yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat ini adalah pendekatan baharu terhadap beberapa inisiatif teknologi maklumat dan digital sedia ada sebelum ini termasuk Koridor Raya Multimedia (MSC).

Beliau berkata, ia mengetengahkan pendekatan penerimaan ekonomi digital secara menyeluruh daripada rakyat dan negara.

Bagaimanapun kata beliau, Malaysia sudah pun bersedia ke arah persekitaran menyeluruh ekonomi digital apabila capaian telefon mudah alih Malaysia kini sudah mencecah 135 peratus manakala 90.1 peratus isi rumah ada capaian internet.

“Negara menduduki tempat ke-40 dalam senarai kelajuan internet global,” katanya dalam taklimat khas mengenai MyDigital di pejabat beliau semalam.

Menurut Mustapa, kerajaan sudah menubuhkan sebuah Majlis Ekonomi Digital bagi menetapkan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif ekonomi digital negara.

Beliau memberitahu, majlis berkenaan yang dipengerusikan sendiri Perdana Menteri menjadi entiti tunggal dan mengambil alih semua jawatankuasa berkaitan digital dan teknologi sedia ada bagi memudahkan penyelarasan dan mengelakkan pertindihan tugas.

“Mesyuarat pertama majlis ini berlangsung November lalu dan akan bersidang lagi Mac ini, seterusnya setiap tiga bulan sekali. Majlis ini diterajui enam kluster yang dipengerusikan lima menteri dan Ketua Setiausaha Negara (KSN),” katanya.

Enam kluster berkenaan ialah Ekonomi, Masyarakat, Teknologi Baru Muncul, Bakat Digital, Infrastruktur Digital dan Data serta Kluster Kerajaan yang dipengerusikan KSN.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed