by

Naik semula lebih 3,000 kes

News Sources:

PUTRAJAYA: Malaysia kembali merekodkan kes positif baharu melebihi 3,000 iaitu 3,288 kes dengan 14 kematian dan 11 kluster sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 251,604 kes.

Kes sembuh merekodkan sebanyak 1,929 kes dengan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya iaitu 198,495 kes dengan kes aktif pula, 52,186 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 285 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 131 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor juga kembali merekodkan lebih 1,000 kes iaitu 1,757 kes diikuti Kuala Lumpur, 408 kes; Johor, 369 kes; Negeri Sembilan, 157 kes; Sarawak, 135 kes dan Sabah, 132 kes.

“Baki negeri lain semua merekodkan kes dua angka iaitu Melaka, 92 kes; Pulau Pinang, 59 kes; Kedah, 48 kes; Kelantan, 44 kes; Perak, 42 kes; Terengganu, 24 kes; Pahang, 14 kes manakala Putrajaya, empat kes dan Labuan, tiga kes dan hanya Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai 14 kematian, Noor Hisham berkata, kes kematian itu melibatkan lima kes di Selangor, empat kes di Sabah, dua kes di Johor, manakala Kedah, Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing satu kes

Katanya, ia membabitkan 11 lelaki dan tiga wanita berusia antara 36 hingga 94 tahun.

“Hanya dua orang iaitu seorang lelaki berusia 68 tahun di Kuala Lumpur dan wanita berusia 91 tahun di Kedah tidak mempunyai latar belakang penyakit manakala 12 lagi, mempunyai pelbagai latar belakang penyakit.

“Antaranya, kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, obesiti, strok, jantung, asma, buah pinggang kronik dan dislipidemia,” katanya.

Bagi 11 kluster baharu pula, beliau berkata, ia melibatkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja serta kluster komuniti dan kumpulan berisiko tinggi, masing-masing dua kluster.

Katanya, Kluster Batu 20 di Gombak, Selangor membabitkan 42 kes saringan bersasar sebuah syarikat di Jalan Ipoh, Batu 20, Rawang manakala, Kluster Industri Wawasan di Klang dengan 38 kes di sebuah kilang di Jalan Wawasan, Kawasan Perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang.

“Kluster Tapak Bina Persiaran Sepang di Sepang dengan 29 kes di sebuah tapak binaan di Persiaran Sepang, Cyberjaya, Sepang serta Kluster Tapak Bina Jalan Tandok di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dengan 25 kes di sebuah tapak binaan di Jalan Tandok, Lembah Pantai.

“Kluster Jalan Dua Belas di Kepong dan Titiwangsa dengan 19 kes iaitu kes indeks bergejala serta melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam berdekatan Jalan 1A/12A, Kampung Batu Muda, Kepong dan Kluster Jalan Uda Utama di Johor Bahru, Johor dengan 17 kes iaitu kes indeks bergejala serta melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam di Kota Iskandar, Johor Bahru,” katanya.

Beliau berkata, Kluster Jalan Tiga KKIP di Kota Kinabalu, Sabah membabitkan 11 kes iaitu kes indeks bergejala serta melibatkan sebuah kilang di Jalan Tiga KKIP, Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Kota Kinabalu.

Bagi kluster komuniti pula, katanya, Kluster Lorong Sahabat di Kluang, Johor dengan 17 kes iaitu kes indeks bergejala dan Kluster Jalan Kancil Waha dikesan di Kota Tinggi dengan sembilan kes.

“Dua lagi kluster kumpulan berisiko tinggi ialah Kluster Lorong Bersatu Damai di Kota Kinabalu, Tuaran dan Penampang, Sabah dengan 21 kes dan Kluster Jalan Harun di Cheras, Kuala Lumpur dengan sembilan kes melibatkan sebuah pusat jagaan,” katanya.- UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed