by

Naim Daniel diminta berehat – Utusan Digital

News Sources:

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Worldpeace Entertainment, Usaid Hamdi mengesahkan penyanyi, Naim Daniel masih perlu mendapatkan rehat secukupnya berikutan mengalami kecederaan ringan.

Kecederaan tersebut susulan kemalangan yang berlaku pada Khamis lalu di Lebuhraya Cheras-Kajang sewaktu penyanyi lagu Sembah itu dalam perjalanan menuju ke tempat kerja.

Menurut Usaid, Naim masih menunggu keputusan daripada pihak hospital berkenaan kecederaan di bahagian rahang wajahnya.

“Beberapa hari selepas kejadian, dia masih okey. Tetapi kelmarin dia mengadu sakit dan mahu datang ke pelancaran lagu Lara pada hari ini.

“Tetapi kerana terlampau sakit, doktor meminta dia untuk berehat dahulu dan mendapatkan rawatan sementara menunggu keputusan pemeriksaan rahang tersebut,” katanya.

Usaid berkata demikian ketika diminta mengulas ketiadaan Naim dalam majlis pelancaran single Lara yang menyaksikan gandingan penyanyi itu bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli.

Dalam pada itu, Usaid berterima kasih kepada semua peminat dan rakan-rakan industri yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan Naim.

“Kemungkinan keputusan perubatan itu akan diperolehi pada hari ini atau esok. Terima kasih buat semua yang mendoakan agar Naim dapat kembali dengan lebih kuat,” katanya.

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed