by

Nancy puas hati pematuhan SOP mangsa banjir Simunjan

News Sources:

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri berpuas hati dengan keadaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Mesra Simunjan, Sarawak yang menempatkan 35 buah keluarga terdiri 96 orang mangsa.

Kesemua mangsa banjir itu daripada Kampung Simunjan Jaya, Kampung  Sabun, Kampung Hijrah, Kampung Kelka, Kampung Nanas dan Kampung Sungai Lingkau.

Beliau menyifatkan PPS itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19.

Beliau mengucapkan setinggi terima kasih kepada pihak Sukarelawan, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Asajaya, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), RELA, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Majlis Daerah Simunjan (MDS), Jabatan Penerangan termasuk Ketua Kampung dan Jawatakuasa Pengurusan Bencana Daerah Simunjan yang bertungkus lumus memastikan segala bantuan untuk keperluan mangsa banjir di situ berjalan lancar.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata demikian ketika melakukan lawatan kerja rasmi ke Simunjan untuk meninjau keadaan banjir di kawasan itu hari ini.

Beliau yang diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri  Simunjan, Awla Dris.

Difahamkan, sumbangan dan bantuan banjir kepada mangsa-mangsa telah diagihkan lebih awal.-MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed