by

Natxo digantung dua perlawanan – Utusan Digital

News Sources:

PETALING JAYA: Tindakan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa menyentuh dada pengadil, Noor Azriel Baharudin dalam perlawanan ‘tegang’ menentang Peraj 21 Mac lalu mengundang padah apabila dia digantung dua perlawanan.

Selain digantung perlawanan, Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat hari ini turut mengenakan denda RM10,000 terhadap pemain tengah itu kerana tindakan yang dianggap tidak menunjukkan semangat kesukanan.

“Natxo Insa melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan dalam perlawanan Liga Super 2021, Perak menentang JDT di Stadium Perak, Ipoh pada 21 Mac 2021.

“Pemain ini dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda RM10,000 akibat tindakannya terhadap pengadil, Noor Azriel Baharudin apabila menyentuh dada pengadil dengan menggunakan kedua-dua tangannya selepas perlawanan menentang Perak FC itu.

“Jawatankuasa telah memutuskan untuk mengguna pakai Artikel 35 Kod di mana pemain ini dikenakan penggantungan satu perlawanan terlebih dulu dan baki satu lagi perlawanan ditangguh tertakluk kepada kelakuan baiknya dalam tempoh lapan bulan dari tarikh surat diterima,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu dalam satu kenyataan hari ini.

Merujuk kepada Artikel 40 Kod, Natxo tidak boleh beraksi dalam perlawanan menentang Melaka United esok, manakala satu lagi saingan bergantung kepada kelakuannya selepas ini.

“Pemain ini juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Hanya keputusan berkaitan hukuman denda dibenarkan untuk rayuan,” kata Baljit.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed