by

Nelayan dikhuatiri lemas bot langgar boya 

News Sources:

GEORGETOWN: Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki bersama lima rakannya terlanggar sebuah boya berdekatan Jeti Swettenham Pier, di sini petang semalam.

Mangsa, Khairul Azhar Mohamad, 32, yang berasal dari Kuala Muda, Kedah dikatakan terjatuh  ketika melakukan kerja-kerja memukat di atas bot berkenaan kira-kira pukul 1.50 petang.

Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kapten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan daripada tekong sebuah bot nelayan Kelas A berhubung kejadian itu pukul 2.20 petang semalam.

Menurutnya, mangsa yang kali terakhir dilihat memakai baju berwarna biru tanpa jaket keselamatan dilaporkan terjatuh selepas pelanggaran berlaku.

Katanya, menerusi maklumat yang diterima daripada tekong, bot yang dinaikinya bersama lima kru itu  terlanggar boya menyebabkan sebahagian bot tersebut pecah dan hampir karam.

“Empat kru tercampak ke laut manakala tekong dan seorang kru lagi berada di atas bot yang hampir karam sebelum kedua-dua mereka diselamatkan nelayan berhampiran.

“Tiga daripada nelayan yang tercampak ke laut ketika kejadian diselamatkan bot nelayan tempatan namun Khairul Azhar dilaporkan hilang dibawa arus,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, Maritim Malaysia mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sebaik sahaja menerima laporan kejadian tersebut semalam.

Katanya, operasi SAR itu turut mendapat kerjasama pasukan bomba, polis marin dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta dibantu Persatuan Nelayan Kuala Muda, Kedah. – UTUSAN ONLINE

The post Nelayan dikhuatiri lemas bot langgar boya  appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed