by

Nenek nekad jaga 3 cucu yatim piatu

News Sources:

KUALA KRAI: Tiga beradik yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Sam-Dabong, di sini pada 3 Februari lalu kini dijaga nenek mereka.

Che Som Hussin, 72, berkata, usia bukan penghalang buat dirinya untuk melaksanakan amanah itu dengan sehabis baik.

Menurutnya, tugas tersebut turut dibantu oleh anak menantunya yang lain bagi memastikan tiga beradik itu membesar dengan penuh kasih sayang.

“Ketiga-tiga beradik ini cukup rapat dan selesa dengan seluruh ahli keluarga. Jadi tiada masalah untuk kami membesarkan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman mereka di Kampung Cabang Tigas Gemas, di sini hari ini.

Terdahulu keluarga itu menerima kunjungan Skuad Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Prihatin Kuala Krai yang turun padang bagi menyampaikan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000.

Sumbangan itu disampaikan Pengurus Perkeso Kuala Krai, Mohd. Azran Che Nuri dan turut dihadiri Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad.

Che Som memberitahu, bagi memastikan ingatan terus subur terhadap arwah ibu dan bapa mereka, ahli keluarga sepakat untuk membawa tigas beradik itu menziarahi pusara setiap hari Jumaat.

Pada 3 Februari lalu akhbar ini melaporkan Mohd. Hafeez Ibrahim, 32 dan isteri Surina Mohd. Othman, 36, maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok getah dalam nahas kira-kira 9.30 pagi.

Turut maut dalam kemalangan itu kakak kepada Mohd. Hafeez iaitu Rahimah Ibrahim, 51. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed