by

Nenek `tergilakan’ lelaki AS rugi RM87,400

News Sources:

KUANTAN: Kerana cinta, seorang nenek berusia 60 tahun di sini kerugian RM87,400 diperdaya seorang lelaki yang menyamar kononnya `orang’ Amerika Syarikat (AS).

Kejadian bermula pada Oktober lalu apabila warga emas tersebut berkenalan dengan individu bernama Haji Usman Hamand Rahman menerusi Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, suspek memaklumkan kepada mangsa dia berada di Malaysia.

“Usman memaklumkan akan terus berada di Malaysia selama tiga tahun kerana mempunyai projek dengan syarikat minyak di Terengganu.

“Suspek juga memaklumkan sedang dikuarantin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan mahu meminjam wang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Mohd. Wazir berkata, suspek memberi alasan memerlukan wang tersebut untuk menanggung kos perbelanjaan lapan orang pekerjanya.

Tambah beliau, bermula 30 November hingga 18 Disember lalu, mangsa memindahkan RM87,400 ke dalam tiga akaun berbeza melalui sembilan transaksi.

“Selepas mendapat wang, suspek masih meminta sebanyak RM13,000 tetapi mangsa curiga dan merasakan dirinya ditipu,” katanya. 

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.- UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed