by

Nestle, Mars didakwa perhambakan kanak-kanak

News Sources:

LAGOS: Beberapa jenama coklat antarabangsa didakwa memperhambakan ribuan kanak-kanak di ladang koko milik mereka, lapor The Guardian.  

Perkara itu terbongkar selepas lapan kanak-kanak mendakwa diri mereka dijadikan sebagai hamba di ladang koko di Ivory Coast dan memfailkan tindakan undang-undang terhadap kesemua syarikat coklat tersebut. 

Lapan jenama coklat dinamakan sebagai defendan iaitu Nestle, Cargill, Barry Callebaut, Mars, Olam, Hershey dan Mondelez oleh firma pejuang hak asasi manusia, International Rights Advocates (IRA) di Washington, yang mewakili bekas kanak-kanak yang diperhambakan itu kerana dipaksa bekerja tanpa dibayar gaji di kawasan barat Afrika. 

Kesemua plaintif yang berasal dari Mali itu menuntut ganti rugi kerana menjadi buruh paksa serta pampasan kerana ketidakadilan, pengawasan yang cuai dan peningkatan tekanan emosi yang disengajakan.

Memetik kajian oleh Organisasi Buruh Antarabangsa dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), dokumen mahkamah yang difailkan oleh plaintif adalah cerminan terhadap ribuan kes kanak-kanak yang diperhambakan. 

Ivory Coast menghasilkan sebanyak 45 peratus koko yang merupakan kandungan utama bagi bekalan global. 

Penghasilan koko di barat Afrika sudah lama dikaitkan dengan penyalahgunaan hak asasi manusia, struktur kemiskinan, kadar bayaran rendah dan pekerja kanak-kanak. 

Menerusi tuntutan mahkamah itu, kesemua lapan mangsa mendakwa bekerja di Mali menerusi tipu muslihat sebelum diperdagangkan di sempadan ladang koko di negara itu. 

Mereka dipaksa bekerja secara kerap selama beberapa tahun tanpa dibayar gaji, tiada dokumen perjalanan dan tujuan jelas bagaimana mereka dapat kembali semula ke pangkuan keluarga. 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed