by

Netizen bengang pekerja kurier mogok baling barang pelanggan

News Sources:

KUALA LUMPUR – Sejak semalam tular video tersebar di media sosial menunjukkan sekumpulan pekerja sebuah kurier yang mogok membaling barangan pelanggan.

Difahamkan mereka bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati terhadap pengurusan syarikat khususnya berkenaan komisen yang diturunkan dari RM1 kepada 30 sen bagi setiap parcel.

Pekerja terbabit juga dikatakan tidak berpuas hati dengan pembayaran elaun kerja lebih masa memandangkan mereka mengangkat barang dari lori sampai tengah malam setiap hari.

Menerusi video berdurasi 58 saat itu, pekerja syarikat kurier itu membaling barangan kiriman pelanggan sambil bersorak sebagai tanda protes kepada majikan mereka.

Akibatnya banyak barangan kiriman pelanggan yang masih tidak dipunggah ke dalam lori dan berlonggok di gudang sahaja.

Sehingga kini, tidak dapat disahkan bila dan di mana kejadian berkenaan berlaku.

Menerusi Twitter dan Facebook, ramai warganet yang kecewa dan marah terhadap tindakan itu.

Ada yang berkata, barang pelanggan tidak sepatutnya menjadi mangsa ketidapuasan hati pekerja terhadap pengurusan syarikat.

“Pekerja sepatutnya boikot. Pegi kerja tapi hanya lepak tidak buat kerja, tidak perlu baling barang-barang orang,” kata YindianHensemTrade di Twitter.

“Weh nak mogok boleh jangan baling barang weh. Menangis tengok. *** pun satu, patut naikkanlah gaji mereka bukan potong,” kata azlyn.

Ada juga netizen menyarankan para pekerja yang tidak berpuas hati dengan majikan supaya melaporkan perkara itu kepada Jabatan Buruh dan bukan menjadikan barangan pelanggan sebagai ‘mangsa’.

Industri kurier pada masa ini menjadi platform utama urusan penghantaran barang ekoran kekangan rentas negeri dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi meminimumkan risiko penularan Covid-19.- MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed