by

New Zealand dapat bekalan vaksin pertama minggu depan

News Sources:

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan negara itu bakal menerima vaksin Pfizer-BioNTech pertama minggu depan.

Lapor Reuters, sebelum ini, katanya, vaksin itu dijangka diterima pada akhir Mac depan.

Menurut Ardern, pihak kerajaan akan menawarkan suntikan vaksin di kemudahan petugas yang diasingkan dan di kawasan sempadan pada 20 Februari ini.

“Tahun lalu, kita jangka vaksin akan sampai pada suku tahun kedua, tetapi pada awal tahun kita berjaya dapatkan pada suku tahun pertama. Berita ini sangat menggembirakan kerana kita berjaya menerima bekalan itu lebih awal,” katanya.

Dijangka seramai 12,000 pekerja di kawasan sempadan akan menerima suntikan vaksin dalam tempoh dua ke tiga minggu.

Kumpulan penerima seterusnya ialah isi rumah mereka yang merupakan kontak rapat kerana berisiko tinggi mendapat jangkitan virus itu.

Selepas itu, suntikan tersebut akan diberikan kepada petugas sektor penjagaan kesihatan dan penting serta kesemua individu yang mempunyai risiko Covid-19 seperti golongan tua dan masalah kesihatan.

Beliau malah berkata, pemberian vaksin bagi populasi lebih meluas dijangka bermula Jun depan.

“Kita membuat prapembelian vaksin mencukupi untuk semua penduduk New Zealand dan dilakukan secara percuma termasuk di kawasan Pasifik,” jelasnya.

Kerajaan New Zealand menempah sebanyak 750,000 vaksin Covid-19 Pfizer melalui Perjanjian Pembelian Awal dan sedang melihat fasiliti COVAX dalam kuantiti sedikit.

Pihak berkuasa perubatan turut mengadakan perbincangan dengan pembekal vaksin AstraZeneca, Janssen dan Novavax berhubung kelulusan vaksin Covid-19.

Walaupun New Zealand secara rasminya berjaya menghapuskan penyebaran virus di negara itu, namun, tekanan dilihat kepada Ardern bagi memulakan jadual suntikan vaksin kepada lima juta penduduk negara itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed