by

New Zealand gantung hubungan dengan Myanmar

News Sources:

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menggantung hubungan dengan semua pemimpin tertinggi Myanmar dan mengenakan larangan terhadap pemimpin tentera daripada mengunjungi negara itu susulan rampasan kuasa minggu lalu.

Ardern turut memastikan program bantuan yang dilaksanakan sebelum ini tidak termasuk projek yang memberikan manfaat kepada junta tentera Myanmar.

“Kami menghantar mesej yang sangat kuat dari New Zealand dan salah satu tindakan yang kami boleh lakukan adalah menggantung dialog tahap tinggi serta memastikan segala bantuan yang dihantar ke Myanmar tidak menyokong rejim tentera sama sekali,” katanya.

Menurut Jacinda, program bantuan New Zealand bernilai NZ$42 juta (RM123 juta) antara 2018 hingga 2021.

Sebelum ini Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta tidak mengiktiraf pemerintahan tentera dan menggesa junta membebaskan semua tahanan politik negara itu.

Jelas Mahuta, kerajaan juga bersetuju melaksanakan larangan terhadap pemimpin tentera mengunjungi New Zealand yang akan dilaksanakan minggu depan. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

 

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed