by

‘Nian gao’ makin kurang permintaan

News Sources:

KUALA TERENGGANU: Pasangan suami isteri di Kampung Cina di sini masih meneruskan rutin tradisi mereka menghasilkan kuih bakul atau ‘nian gao’ sempena sambutan Tahun Baharu Cina walaupun permintaan yang diterima semakin berkurangan.

Sebagai antara orang lama yang mengusahakan pembuatan hidangan wajib masyarakat Tionghoa itu, Lim Chiang Lan, 60, bersama suaminya, Lau Kim Tong, 67, tidak mahu menghampakan para pelanggan yang saban tahun menantikan air tangan mereka.

Menurut Chiang Lan, proses penghasilan kuih bakul tiga generasi yang menggunakan resipi turun-temurun keluarganya itu kini terpaksa dibuat selang dua hari berbanding kelaziman sebelum ini

Permintaan merosot disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di samping saingan dengan kuih bakul dari Kelantan yang harganya lebih murah.

“Sekali buat tidak banyak cuma membabitkan 10 kilogram (kg) adunan yang boleh menghasilkan antara 50 hingga 60 biji kuih bakul bersaiz besar berharga iaitu RM12.

“Kalau ada permintaan kita turut membuat saiz kecil berharga RM5.50 dan kuih-kuih ini dijual di pasar-pasar serta kedai di sekitar Kuala Terengganu sejak lebih seminggu lalu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Chiang Lan yang berpengalaman selama 30 tahun membuat kuih bakul berkata, proses membuat hidangan itu mengambil masa panjang dan lazimnya seawal pukul 7 pagi adunan tepung pulut dan gula disiapkan oleh suaminya manakala dia pula memotong daun pisang untuk dimasukkan ke dalam acuan.

Katanya, kuih tradisional itu kemudian dikukus selama lapan jam untuk mendapatkan tekstur yang lembut dan enak sebelum dijemur seketika. “Di sebalik pandai membuat kuih bakul hakikatnya saya tidak berahi (suka) makan kuih ini,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed