by

Nilai ambang keterhutangan syarikat diwarta RM50,000 secara kekal

News Sources:

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengambil inisiatif meningkatkan nilai ambang keterhutangan syarikat kepada RM50,000 secara kekal berkuat kuasa semalam bagi mengurangkan risiko penggulungan syarikat akibat pandemik Covid-19.

Nilai ambang itu diwartakan di bawah perenggan 466(1)(a) Akta Syarikat 2016 setelah mengambil kira keadaan ekonomi global dan dalam negara yang mungkin mengambil masa lebih lama untuk pulih seperti sebelum pandemik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tindakan pengekalan nilai itu kepada amaun melebihi RM50,000 berbanding nilai asal iaitu RM10,000 adalah penting bagi meringankan beban dan mengurangkan impak kepada syarikat yang menghadapi masalah aliran tunai daripada tindakan penggulungan.

“Kenaikan nilai ambang keterhutangan syarikat ini dijangka akan terus dapat mengurangkan jumlah petisyen penggulungan.

“Dengan itu, syarikat mampu meneruskan urusan perniagaan dengan yakin serta masih mematuhi undang-undang berdasarkan relif kekal nilai amaun keterhutangan yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Alexander berkata, jumlah nilai ambang itu dianggap bersesuaian dan jalan tengah yang terbaik.

“Ia tidak terlalu rendah hingga menyebabkan syarikat diambil tindakan penggulungan oleh mana-mana pemiutang dengan jumlah hutang yang kecil. Pada masa sama, ia tidak terlalu tinggi sehingga menyebabkan pemiutang kecil terbeban akibat tidak boleh mengambil tindakan penggulungan terhadap syarikat tersebut,” katanya.

Beliau berkata, SSM sebagai salah sebuah agensi di bawah kememterian berharap pelaksanaan inisiatif itu dapat membantu menyokong sektor korporat dalam tempoh pemulihan ekonomi khususnya kepada syarikat yang terjejas semasa penularan Covid-19.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 0377214000 atau e-mel kepada [email protected]





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed