by

Noor Azmi sedia berdepan UMNO

News Sources:

BAGAN SERAI: Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali bersedia untuk berdepan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Noor Azmi yang menang PRU-14 atas tiket Barisan Nasional (BN) namun kemudiannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, Bersatu Bagan Serai juga sudah bersedia untuk menghadapi siapa juga lawan parti itu.

“Di Bagan Serai, kami telah bersedia sepenuhnya untuk PRU-15 termasuk berdepan UMNO sekalipun.

“Jika pucuk pimpinan parti pilih saya untuk bertanding di sini, saya akan bertanding dan jika rakyat Bagan Serai mahukan saya terus berkhidmat di sini, mereka akan terus undi dan insya-Allah saya akan menang dalam PRU-15,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Gunting Rambut Percuma di Giat Mara Bagan Serai di sini hari ini.

Sementara itu, Noor Azmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, hanya 123 kes penerima vaksin Covid-19 dilaporkan mengalami kesan sampingan serius sehingga memerlukan pemerhatian lanjut pakar kesihatan termasuk dirawat di hospital.

Menurutnya, kebiasaannya kesan sampingan yang dialami ialah seperti demam, lenguh badan dan muntah.

Menurutnya, ia merupakan kesan sampingan biasa yang dialami selepas menerima vaksin Covid-19.

“Kesan sampingan yang serius disebabkan alahan kepada vaksin dan mereka ini kita telah rujuk pada pakar kesihatan dan kesemuanya telah dirawat dan berada dalam keadaan baik.

“Oleh sebab itu, di setiap pusat pemberian vaksin (PPV) terdapat doktor yang ditempatkan dan kita juga sentiasa bersedia dengan troli kecemasan sekiranya berlaku kes seperti ini, kita akan ambil tindakan segera.

“Begitupun kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan atau menangguh program pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat biarpun terdapat kesan sampingan serius yang dialami segelintir penerima,” katanya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed