by

Northport terima sijil ISO 37001:2016

News Sources:

PETALING JAYA: Syarikat di bawah Kumpulan MMC, Northport (Malaysia) Berhad menjadi pelabuhan Malaysia pertama dianugerahkan sijil Sistem Pengurusan Antirasuah ABMS) ISO 37001:2016 daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof berkata, penganugerahan tersebut adalah bukti komitmen syarikat itu ke arah tahap integriti tertinggi dan budaya beretika dalam operasi perniagaannya.

“Kami percaya sijil ini akan melonjakkan keyakinan dalam kalangan pelanggan, rakan kongsi perniagaan dan pemegang taruh lain terhadap Northport,” katanya dalam kenyataan dekat sini semalam.

Sijil tersebut dianugerahkan kepada Northport dalam satu majlis ringkas di syarikat tersebut semalam oleh Pengurus Besar Kanan Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan SIRIM QAS Mohd. Hamim Imam Mustain.

Northport menerima pengiktirafan tersebut pada 23 Disember lalu sebelum majlis penganugerahannya diadakan semalam.

Sijil tersebut adalah standard antarabangsa yang menetapkan keperluan dan memberikan panduan untuk memantap, melaksana, mengekal, menyemak dan menaik taraf sistem dan proses pengurusan antirasuah serta mengurangkan risiko rasuah dalam organisasi.

Azman Shah berkata, Northport berbangga kerana keseluruhan proses memperoleh sijil tersebut diselaraskan oleh pasukan integritinya sendiri.

“Sebagai satu daripada pembekal perkhidmatan penting negara, kami komited untuk memerangi dan menghapuskan apa-apa bentuk korupsi sepanjang proses untuk memperkukuh standard keselamatan pelabuhan dan melindungi operasi perniagaan kami.

“Kami ingin menyampaikan penghargaan yang ikhlas kepada semua pemegang taruh utama kami untuk usaha dan bantuan mereka sepanjang perjalanan ini yang telah membantu Northport diiktiraf dengan standard tertinggi integriti,” katanya.

Sebelum ISO 37001:2016, Northport terlebih dahulu menjadi pelabuhan pertama di Malaysia yang dianugerahkan sijil ISO 45001:2018, standard ISO antarabangsa untuk sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OHSMS) dan turut pernah menerima sijil ISO 9001:2015 untuk sistem pengurusan kualiti (QMS) dan ISO/IEC 27001:2013 untuk sistem pengurusan keselamatan maklumat (ISMS). – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed