by

Operasi SAR nelayan jatuh bot disambung esok

News Sources:

GEORGETOWN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot berhampiran Jeti Swettenham Pier, di sini semalam akan disambung pagi esok.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, operasi SAR esok akan diteruskan dengan menggunakan kaedah pencarian di permukaan.

“Kawasan pencarian dibahagikan kepada beberapa kawasan yang tertumpu di sekitar lokasi mangsa dikatakan¬†terjatuh dan di kawasan persekitaran pantai dengan radius sehingga dua kilometer.

“Operasi pencarian hari ini ditangguhkan pukul 6 petang tadi disebabkan faktor cuaca dan keadaan laut bergelora,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Mangsa, Khairul Azhar Mohammad, 32, yang berasal dari Kuala Kedah, Kedah dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki bersama lima lagi rakannya terlanggar sebuah boya kira-kira pukul 2 petang semalam. – UTUSAN ONLINE

The post Operasi SAR nelayan jatuh bot disambung esok appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed