by

Orang Asli maut disyaki diserang gajah liar di Mersing – JohorKini

News Sources:

MERSING, 13 FEB: Seorang lelaki Orang Asli maut disyaki dipijak seekor gajah liar di Hutan Simpan Sungai Teresap, Endau, dekat Mersing, ketika keluar memancing ikan di kawasan itu.

Pengarah Perhilitan Johor Salman Saaban berkata pihaknya menerima laporan mengenai serangan gajah liar ke atas Din Janja, 61, yang tinggal di Kampung Orang Asli Labong, Endau, Rabu lalu.

Beliau berkata sejurus mendapat laporan, lima kakitangan Perhilitan telah ke Klinik Kesihatan Endau dan disahkan mangsa mati disyaki dipijak gajah.

“Anak mangsa, Endra Din, 18, memaklumkan dia dan bapanya telah masuk ke Hutan Simpan Teresap pada kira-kira 8.30 pagi untuk memancing ikan. Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan seekor gajah yang secara tiba-tiba menyerang mereka.

“Endra sempat melarikan diri tetapi bapanya telah diserang gajah tersebut,” katanya, lapor Bernama.

Salman berkata anak mangsa mendapatkan bantuan penduduk kampung pada kira-kira 10 pagi dan mangsa telah dibawa keluar dari hutan pada 12 tengah hari, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik.

Beliau bagaimanapun berkata bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

“Tinjauan kakitangan Perhilitan Mersing di lokasi kejadian bersama wakil Orang Asli mengesahkan terdapat kesan tapak kaki disyaki seekor gajah jantan, kesan tempat tidur gajah dan kesan pokok tumbang baharu disyaki dilakukan gajah tersebut.

“Gajah berkenaan dipercayai dari Taman Negara Endau Rompin dan merupakan gajah tunggal yang berpecah dari kumpulannya. Lokasi kejadian memang kawasan gajah-gajah liar merayau dan berkeliaran,” kata beliau.

Justeru katanya, pihak jabatan menasihati orang ramai yang berhasrat keluar memancing ke dalam hutan untuk lebih berhati-hati dan memastikan kawasan tersebut selamat untuk dimasuki.

Johorkini



Post Views:
2





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed