by

‘Pada saya, perbuatan itu tidak boleh’

News Sources:

PUTRAJAYA: Umat Islam di negara ini dinasihatkan tidak keterlaluan meraikan kepelbagaian perayaan agama tertentu sehingga terlupa ia boleh menyerupai amalan penganut terbabit.

Nasihat itu disuarakan Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary sebagai mengulas tindakan sesetengah selebriti memakai kostum menyamai cara agama tertentu.

“Walaupun ia mungkin sekadar rutin perayaan tetapi pakaian tersebut sebenarnya ada unsur keagamaan dan pada hemat saya sendiri, ia memang tidak dibenarkan syarak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian RM50,000 daripada Tabung Musa’adah Covid-19 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini.

Sumbangan itu diserahkan kepada Presiden Orang Kurang Upaya Sentral, Senator Ras Adiba Radzi dan turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Datuk Abdul Aziz Jusoh.

Menjelaskan lebih lanjut, Ahmad Marzuk menambah, pemasalahan itu tidak timbul sekiranya pakaian tersebut sekadar imej perlambangan budaya kaum seperti ceongsam atau pun sari.

Sebaliknya beliau menegur selebriti terlibat kerana mereka sepatutnya faham bahawa kostum Santa Claus yang dikenakan itu memang jelas lagi nyata ada berunsurkan agama terbabit.

“Nasihat saya, meskipun mereka kata ia cuma bersifat ‘ceremonial’, tetapi ia dibimbangi tidak mengikut lunas syariah dan lebih menzahirkan agama terbabit yang berkait akidah,” tegasnya.

Menyentuh isu kartel daging berlogo halal palsu, beliau turut meminta masyarakat Islam tidak panik dan lebih percayai berita tular disebarkan menerusi media sosial tanpa usul periksa.

Ini termasuk dakwaan konon syarikat terbabit sudah pun beroperasi 40 tahun walhal semakan mendapati ia baru ditubuhkan pada 2017 dan ciplak logo halal daripada syarikat sah untuk menipu.

Justeru ujarnya, umat Islam tidak perlu bimbang dan ragu terhadap produk daging di pasaran malah boleh membuat semakan dengan pihak Hab Halal Jakim untuk pengesahan lanjut.

“Perkara ini dikendalikan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerana berkait tanda halal palsu di bawah Akta Perihal Dagangan 1972,” jelas beliau. – UTUSAN ONLINE

TAMAT





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed